Sempena birthday laki aku ni aku sponsorla trip ke USS sebab dua2 x pernah sampai lagi. Jadi aku akan kongsi itinery sepanjang dekat sana okay.
Kos:
- Tiket bas : RM124.40 / 2 ways
- Hotel : RM109.69 / 2 nights
- Exchange rate : 1SGD = 3.60 MYR
- Tiket USS : RM205 beli di shopee
- KOS SEMUA : RM1000/ For 2 persons
Day 1, Ahad (09.06.2019)
KUANTAN-TERMINAL LARKIN JB
→ Naik bas dari Terminal Sentral Kuantan jam 12.30 pm.
→ Sampai Terminal Larkin jam 11.00 pm sebab jem teruk.Biasalah musim raya kan.
→ Naik Grab ke Baguss Hotel & Apartment, 8 minit je dari terminal. *kos RM8
Day 2, Isnin (10.06.2019)
WOODLAND
→ 7.00 am naik grab ke JB Central (5 minit perjalanan) *kos RM5
→ Dekat JB Central naik level 3 then cari sign ke woodland.Jalan straight je sampai tempat cop passport.
bangunan ni berhadapan dgn JB Central
→ Lepas cop ppt turun tangga bawah then beratur dekat lane kuning tulis CW2 untuk ke Queen Street
Lane kanan sekali ye.jgn risau ada tulis CW2.Awas jgn salah lane okay.
→ Tiket ke Queen Street RM3.20. Bas akan berhenti di Interchange untuk cop ppt lagi. Lepas settle cop ppt turun bawah then cari bas sama. Kalau bas dah bergerak tunggu je next bas yg tulis ke Queen Street. Guna tiket yang sama je.(simpan tiket elok2 ye gais)
→ Sampai QS pergi ke Bugis Station. Dari QS nampak Raffles Hospital kan.Jalan ke arah tu. Bugis Station sebelah Raffles Hospital tu je. Naik bas pastu bagitahu nak berhenti dekat outram park. *SGD1.50
Ni la Bugis Station. Naik bas no 33 (960e) okay.
Nanti akan jumpa maps.Blh check route kita.
OUTRAM PARK - HARBOUR FRONT
→ Bas akan berhenti dekat Outram Park. Lintas jalan ke seberang untuk naik mrt. Beli tiket ke Harbour Front dekat tingkat atas.*SGD 3.20
Tiket ni valid untuk 2 ways okay.
→ Naik train ke Harbour Front. Keluar Exit E dalam Vivo City. Then cari sign Sentosa Boardwalk.Jalan je ikut sign tu untuk arrive USS.
→ Sebelum masuk USS aku lunch dulu dekat Malaysian Food Restaurant.Betul2 sebelah USS. Harga pun lagi murahla. 2 orang dalam SGD17. Jadi masuk je USS terjah game jela.
Ikut je sign Sentosa Boardwalk tu ye.
Tadaaa safely arrive.Malam baru sempat ambil
gambar sebab ramai yang amat.
Feeling2 Princess pulak.