Bila jumpa ejen, kena tanya & fahamkan betul-betul proses & prosedur. Setiap syarikat tak sama. Ada perlu deposit. Ada tak perlu deposit. Semua ada kelebihan & kekurangan tersendiri. Ok, jom saya kongsi sikit apa yang tidak dilindungi oleh Medical Card:
1. Rawatan yg free yang mana 100% cover ialah apabila kita 𝗔𝗗𝗠𝗜𝗧 sahaja & based on Guarantee Letter (GL). Jika GL declined atau reject maka rawatan tidak dicover. Best case, pay & claim.
2. Senang cerita, kalau guna Medical Card untuk rawatan yg tak admit wad & tiada GL maka perlu Pay & Claim.
𝗖𝗼𝗻𝘁𝗼𝗵 : 𝗗𝗮𝘆𝗰𝗮𝗿𝗲 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗸𝗲𝗺𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 (𝗰𝘂𝗰𝗶 𝗹𝘂𝗸𝗮 𝗱𝘀𝗯) , 𝗱𝗶𝗮𝗹𝗶𝘀𝗶𝘀, 𝗳𝗶𝘀𝗶𝗼𝘁𝗲𝗿𝗮𝗽𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗶𝗺𝗼𝘁𝗲𝗿𝗮𝗽𝗶.
3. GL ada dua. 1st, masa admission. 2nd, masa discharge.
Jgn happy sangat kalau 1st GL tu approved. 2nd GL atau Final GL tu lagi penting utk pastikan rawatan kita tu ditanggung 100% oleh Takaful. Sebab itu pentingnya report doktor supaya tally dengan 1st GL
𝘏𝘢𝘢, 𝘤𝘩𝘦𝘤𝘬 𝘥𝘨𝘯 𝘦𝘫𝘦𝘯 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘴𝘺𝘢𝘳𝘪𝘬𝘢𝘵 𝘵𝘢𝘬𝘢𝘧𝘶𝘭. 𝘮𝘦𝘴𝘵𝘪 𝘢𝘥𝘢 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘣. 𝘕𝘢𝘺𝘢 𝘫𝘶𝘨𝘢𝘬 𝘬𝘢𝘭𝘢𝘶 𝘬𝘦𝘯𝘢 𝘣𝘢𝘺𝘢𝘳 𝘴𝘦𝘯𝘥𝘪𝘳𝘪 𝘣𝘪𝘭 𝘵𝘶 𝘸𝘢𝘭𝘢𝘶𝘱𝘶𝘯 𝘱𝘢𝘺 & 𝘤𝘭𝘢𝘪𝘮. 𝘚𝘦𝘣𝘢𝘣 𝘵𝘶 𝘴𝘦𝘣𝘦𝘭𝘶𝘮 𝘯𝘢𝘬 𝘢𝘥𝘮𝘪𝘵 𝘵𝘶 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘬𝘦𝘯𝘢 𝘣𝘢𝘨𝘪𝘵𝘢𝘩𝘶 𝘪𝘯𝘧𝘰 𝘺𝘨 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘶 & 𝘴𝘦𝘱𝘢𝘵𝘶𝘵𝘯𝘺𝘢 𝘴𝘢𝘩𝘢𝘫𝘢.
4. Walaupun Final GL dh keluar, tapi tak semestinya 100% cover!
Dlm final GL tu akan ada itemized item. Syarikat akan cover item yg related dgn rawatan. Ada yg tak cover covid test, ppe, admission fees dll. Maka, kena keluar duit sendiri juga.
5. Medical Card bukannya "tiket" untuk buat testing
Medical Card hanya boleh digunakan utk cover perkara/penyakit yg dah disahkan. Tak boleh sesuka hati ke hospital kemudian request untuk buat CT Scan, X-Tray dan sebagainya. Rawatan tersebut hanya dicover sekiranya doktor yang request untuk buat semasa admit di hospital.
6. Medical Card tak cover kos ubat, supplemen kimoterapi dan kanser. Medical kad pun tak cover kos ubat pulmonary hypertension dan medical kad tak cover kos ubat air dialisis.
Senang cerita, ubat tambahan lepas keluar hospital, medical kad tak cover 

7. Medical Card tak cover kos alat perubatan tambahan. Contohnya katil hospital untuk kegunaan dirumah, kerusi roda, tongkat bantu berjalan 4 kaki ataupun tongkat ketiak tu, anduh, apron untuk fisioterapi.
Senang cerita, segala alat yang nak guna kat rumah dan alat tambahan dalam rawatan tu medical card tak cover 

Kesimpulannya, medical Card ni bukannya satu produk yg straight forward. Anda perlu faham betul-betul sebelum & selepas ambil. Jika betul-betul faham, insyaallah in future tak ada masalah
Setiap produk Takaful ada fungsi tersendiri
𝗔𝘇𝗶 𝗠𝗮𝗶𝗱𝗶𝗻
𝗛𝗼𝗻𝗴 𝗟𝗲𝗼𝗻𝗴 𝗠𝗦𝗜𝗚 𝗧𝗮𝗸𝗮𝗳𝘂𝗹 (𝗛𝗟𝗠𝗧)
𝗙𝘂𝗹𝗹 𝗧𝗶𝗺𝗲 𝗧𝗮𝗸𝗮𝗳𝘂𝗹 𝗔𝗱𝘃𝗶𝘀𝗼𝗿
No comments:
Post a Comment