Sunday, September 18, 2022

𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗧𝗔𝗞𝗔𝗙𝗨𝗟 𝗕𝗘𝗥𝗕𝗘𝗭𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗜𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗜𝗡𝗦𝗨𝗥𝗔𝗡𝗦 ?

Takaful dan insurans memainkan peranan penting dalam memberikan perlindungan kewangan sekiranya perkara yang tidak diduga berlaku kepada anda, seperti mengidap penyakit kritikal, terlibat dalam kemalangan, mengalami kerugian harta benda, ataupun kematian.

Takaful merupakan versi Islamik, namun terdapat perbezaan pada prinsip dan kaedah bagaimana Takaful beroperasi. Takaful bukan sahaja terhad untuk orang Islam, malah ia juga terbuka kepada orang bukan Islam yang ingin melanggan dan menerima manfaat Takaful.

𝗔𝗽𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗿𝗯𝗲𝘇𝗮𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮? 

Dari segi asasnya, insurans melibatkan persetujuan antara orang yang dijamin (anda) dan syarikat insurans (yang akan menanggung risiko). Persetujuan ini dikenali sebagai polisi, dan untuk anda menerima perlindungan sebagai pemegang polisi, anda perlu    membuat bayaran, juga dipanggil premium, kepada syarikat insurans yang berkenaan.

Premium yang dibuat akan dilaburkan oleh syarikat insurans. Anda tidak boleh memilih bagaimana pelaburan tersebut dibuat dan ini mungkin melibatkan perniagaan yang 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐭𝐮𝐡𝐢 𝐩𝐫𝐢𝐧𝐬𝐢𝐩 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡, termasuk perniagaan yang mempunyai unsur perjudian, riba dan berisiko tinggi/ketidaktentuan.

Pertolongan Bersama dalam Takaful

Sama seperti insurans, pengendali Takaful akan melaburkan sumbangan anda juga. Walau bagaimanapun, hanya perniagaan 𝐩𝐚𝐭𝐮𝐡 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡 sahaja yang berkelayakan. Oleh itu, beban fikiran anda dapat diringankan jika anda ingin memastikan langganan Takaful anda adalah patuh syariah.

Seperti dalam insurans konvensional, Takaful menawarkan pelbagai jenis pelan yang merangkumi perlindungan hayat/Takaful keluarga, perubatan, pendidikan, pelaburan, dan banyak lagi. Berdasarkan kontrak Takaful, perjanjian yang dibuat adalah berlandaskan konsep Ta`awun (kerjasama dan tolong-menolong). Ini bermakna peserta atau pemegang pelan Takaful bukan sahaja dapat melindungi diri mereka sendiri apabila ditimpa musibah, tetapi juga memberi bantuan kepada peserta Takaful lain yang berkelayakan, serta penama mereka.

Setiap kali para peserta membayar  caruman bagi pelan Takaful mereka, sebahagian daripada jumlah sumbangan tersebut akan disalurkan ke Dana Tabarru`. Dana ini akan digunakan untuk membayar pampasan kepada peserta yang membuat tuntutan yang perlu dibayar. Sebahagian lagi sumbangan mereka akan ditolak sebagai bayaran Caj Wakalah kepada pengendali Takaful kerana melaksanakan tugas sebagai “Wakil” dalam menguruskan perkhidmatan yang tersedia di bawah pelan. 

Perkongsian Lebihan 

Di  𝐇𝐨𝐧𝐠 𝐋𝐞𝐨𝐧𝐠 𝐌𝐒𝐈𝐆 𝐓𝐚𝐤𝐚𝐟𝐮𝐥, dana Tabarru' dimiliki secara bersama oleh semua peserta Takaful. Apabila jumlah sumbangan yang dibuat kepada Tabarru`  melebihi jumlah tuntutan yang dibayar dan jumlah rizab untuk satu tahun kewangan, lebihan ini akan dikongsi sama rata antara peserta HLMT. Kami memanggil ini perkongsian lebihan.  Ini bermakna anda tidak perlu menunggu sehingga akhir tempoh perlindungan Takaful anda untuk menerima perkongsian ebihan dari sumbangan anda, dan anda masih mengambil bahagian dalam perkongsian ini walaupun tuntutan telah dibuat.        

          
𝗔𝘇𝗶 𝗠𝗮𝗶𝗱𝗶𝗻
𝗛𝗼𝗻𝗴 𝗟𝗲𝗼𝗻𝗴 𝗠𝗦𝗜𝗚 𝗧𝗮𝗸𝗮𝗳𝘂𝗹 (𝗛𝗟𝗠𝗧)
𝗙𝘂𝗹𝗹 𝗧𝗶𝗺𝗲 𝗧𝗮𝗸𝗮𝗳𝘂𝗹 𝗔𝗱𝘃𝗶𝘀𝗼𝗿