Wednesday, November 23, 2022

𝐅𝐀𝐇𝐀𝐌𝐈 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐎𝐇 𝐌𝐄𝐍𝐔𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐂𝐀𝐋 𝐂𝐀𝐑𝐃

 


Kesedaran masyarakat Malaysia terhadap kepentingan Takaful semakin tinggi terutamanya dalam kategori Takaful Perubatan (Medical Card). Semua orang mahu dapatkan bilik rawatan yang selesa ketika dirawat di hospital.

Kesesakan yang berlaku di hospital-hospital milik kerajaan serta kos perubatan yang tinggi di hospital swasta antara faktor utama orang ramai mahu memiliki kad perubatan sendiri. Lebih selesa dan menjimatkan.

𝟏. 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚
👉 Boleh guna untuk kemalangan dan kecemasan selepas polisi in force/aktif
👉𝙊𝙪𝙩𝙥𝙖𝙩𝙞𝙚𝙣𝙩 - Pay & Claim (contoh cuci luka, scan & rawatan yang tidak perlu warded)

👉𝙄𝙣𝙥𝙖𝙩𝙞𝙚𝙣𝙩 - GL keluar dan bil ditanggung sepenuhnya

𝟐. 𝟑𝟎 𝐡𝐚𝐫𝐢

👉Demam biasa sahaja akan dicover. Cashless GL akan berkuatkuasa selepas 90 hari sijil aktif. Jika HLMT keluarkan GL sebelum tempoh itu ianya dikira bonus. 

𝟑. 𝟏𝟐𝟎 𝐡𝐚𝐫𝐢
👉Cover untuk sakit-sakit spesifik seperti tumor, cyst, gastrik, asthma dan banyak lagi.

**𝙋𝙚𝙣𝙮𝙖𝙠𝙞𝙩-𝙥𝙚𝙣𝙮𝙖𝙠𝙞𝙩 𝙞𝙣𝙞 𝙙𝙞 𝙗𝙖𝙬𝙖𝙝 𝙩𝙚𝙧𝙢 𝙘𝙤𝙣𝙩𝙚𝙨𝙩𝙖𝙗𝙞𝙡𝙞𝙩𝙮 𝙥𝙚𝙧𝙞𝙤𝙙**

𝐂𝐨𝐧𝐭𝐞𝐬𝐭𝐚𝐛𝐢𝐥𝐢𝐭𝐲 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐨𝐝

Untuk 2 tahun pertama polisi, syarikat takaful berhak untuk menyiasat jika berlaku keraguan terhadap penyakit spesifik. Ianya bertujuan untuk mengetahui sama ada penyakit tersebut sudah ada ketika mengambil polisi ataupun sebaliknya. Sekiranya tuntutan dibuat di bawah 2 tahun bagi penyakit spesifik ianya adalah 𝗽𝗮𝘆 & 𝗰𝗹𝗮𝗶𝗺. Sekiranya tiada sejarah berkenaan penyakit tersebut syarikat takaful akan membayar semula semua kos tersebut. 

Sentiasa jujur berkenaan sejarah perubatan anda kerana ianya boleh diakses oleh syarikat takaful walaupun mungkin sejarah tersebut sudah bertahun lamanya.