Ramai yang anggap pelan takaful kesihatan sudah cukup menampung keperluan rawatan kesihatan. Namun begitu, tahukah anda, sebaiknya kita perlu juga mempunyai pampasan bagi penyakit-penyakit kronik atau kritikal. Disebabkan itu, ramai di luar sana yang membuat keputusan untuk mengambil rider tambahan langkah berjaga-jaga.
Takaful Perubatan VS Pampasan Penyakit Kritikal
Seperti yang anda mungkin sudah tahu, takaful perubatan memainkan peranan yang penting dalam melindungi anda dari segi kos-kos berkaitan perubatan. Manakala, takaful penyakit kritikal pula akan membantu pemegang polisi meneruskan kehidupan seperti membayar komitmen dengan wang pampasan tersebut sekiranya diberhentikan kerja.
Takaful Perubatan
Anda akan mendapat perlindungan dari segi kewangan untuk menampung kos rawatan dan ubat-ubatan. Kebisaannya, anda akan mendapat medical card untuk digunakan di klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan. Jenis kecederaan, penyakit, dan rawatan yang diliputi oleh takaful perubatan adalah berbeza, bergantung kepada jenis takaful perubatan yang diambil.
Takaful Penyakit Kritikal
Secara amnya, pelan perlindungan penyakit kritikal memberi pampasan dalam bentuk sekaligus (lump sum) kepada anda dan keluarga sekiranya didiagnosis dengan penyakit kritikal, tanpa mengira kos rawatan di hospital.
Wang pampasan yang diterima ini boleh membantu anda dari segi kewangan agar anda boleh tempuhi proses pemulihan dan penyesuaian hidup semasa sakit sekiranya anda menghidap penyakit kritikal yang mengancam nyawa. Ini bermakna wang pampasan yang diterima ini harus diperuntukkan oleh anda sendiri sama ada untuk digunakan bagi tujuan kegunaan rawatan, ubat-ubatan dan juga boleh digunakan untuk tujuan lain seperti meringankan beban kewangan tanggungan anda semasa tempoh sakit.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan wang tersebut untuk mendapatkan rawatan alternatif atau membayar pembiayaan untuk kelangsungan hidup keluarga anda.
36 Penyakit Kritikal Tertakluk Perlindungan Takaful
- Strok - Mengakibatkan Kekurangan Neurologi Kekal Dgn Simptom Berlarutan
- Serangan Jantung - Untuk Severiti Yg Dikhususkan
- Kegagalan buah pinggang - Memerlukan Dialisis / Pembedahan Buah Pinggang
- Kanser - Severiti Yg Dikhususkan Dan Tidak Melindungi Kanser Tahap Awal
- Penyakit arteri koronari memerlukan pembedahan
- Penyakit arteri koronari serius
- AIDS dengan gejalan penuh
- Kegagalan hati tahap akhir
- Hepatitis virus fulminan
- Koma- Menyebabkan Defisit Neurologi Kekal Dengan Simptom Yg Berlarutan
- Tumor otak benigma - Severiti Yang Dikhususkan
- Lumpuh anggota badan
- Buta - Kekal Dan Tidak Boleh Pulih
- Luka terbakar darjah tiga - Severiti Yg Dikhususkan
- Pekak - Kekal Dan Tidak Boleh Pulih
- Jangkitan HIV Melalui Pemindahan Darah
- Penyakit paru-paru kronik
- Ensefalitis - Menyebabkan Ketidakupayaan Kekal Untuk Melakukan Aktiviti Harian
- Pemindahan Organ Utama/Sum Sum Tulang
- Kehilangan Upaya Bertutur
- Pembedahan Otak
- Pembedahan Injap Jantung
- Penyakit Membawa Maut
- Meningitis Bakteria
- Trauma Kepala Utama - Menyebabkan Ketidakupayaan Kekal Untuk Melakukan Aktiviti Harian
- Anemia Aplastik Kronik - Menyebabkan Kegagalan Sum Sum Tulang Kekal
- Penyakit Neuron Motor - Kekurangan Neurologi Kekal Untuk Melakukan Aktiviti Harian
- Parkinson
- Alzheimer / Dementia Teruk
- Distrofi Otot
- Pembedahan Kepada Aorta
- Sklerosis Berbilang
- Hipertensi Arteri Pulmonari Utama - Untuk Severiti Yg Dikhususkan
- Penyakit Sistik Medulari
- Kardiomiopati - Untuk Severiti Yg Dikhususkan
- Lupus Eritematosis Sistematik (SLE) Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yg Teruk
Perbezaan Takaful Perubatan dan Takaful Penyakit Kritikal
Takaful Perubatan | Takaful Penyakit Kritikal | |
Peranan utama pelan | Menanggung kos rawatan, hospitalisasi dan ubat-ubatan. | Memberikan sejumlah wang sekaligus apabila pemegang pelan didiagnosis dengan salah satu daripada 36 penyakit kritikal. |
Penerima manfaat | Pemegang polisi atau tanggungan (Pampasan diterima untuk membayar kos perubatan bergantung kepada pelan perlindungan yang dipilih). | Pemegang polisi (Pampasan diterima sekaligus untuk kegunaan rawatan dan lain-lain). |
Wang pampasan yang bakal anda terima bukan sahaja boleh membantu rawatan anda, malah duit tersebut juga boleh digunakan untuk meringankan beban kewangan keluarga anda sekiranya terjadi sesuatu kepada anda. Contohnya, anda mungkin tidak dapat bekerja sewaktu terlantar sakit, maka wang itu boleh digunakan sebagai pengganti gaji anda semasa dalam proses pemulihan.
No comments:
Post a Comment